Jubah Lelaki di Malaysia

Jubah oh Jubah…

Tiba sahaja Oktober tahun ini akan genaplah 4 tahun JLJR di dalam industri jubah lelaki dan fesyen di tanah air ini. Mungkin ada yang berkata, 4 tahun itu baru lagi dan kami juga rasa begitu, akan tetapi ia adalah tempoh masa yang agak panjang dan telah banyak memantangkan kami. Suka dan duka, tangis dan ketawa sentiasa di sisi. Terlalu banyak duri dan ranjau yang telah kami tempuhi dan juga telalu banyak ujian dan dugaan yang dihadapi. Alhamdulillah Jubah Lelaki Johan Rosli masih bertahan dan Alhamdulillah kami terus maju ke depan.

Tidak dinafikan dahulu sewaktu kami baru bermula, saingan terlalu sedikit dan semuanya mudah belaka. Kini, keadaan sudah berbeza. Jenama jubah lelaki telah timbul bak cendawan. Semua orang bagaikan sudah ada jenama mereka sendiri. Fenomena ini memberi kami semangat dan ransangan yang kuat untuk terus berusaha untuk berdaya saing akan tetapi kami juga sedih melihat yang ramai juga yang sudah kecundang.

Sedikit perkongsian pengalaman kami sepanjang berada di dalam industri ini. Jubah bukan lagi untuk kegunaan harian buat orang surau atau masjid mahupun ahli-ahli agama. Jubah telah diterima baik oleh masyarakat umum dan kini telah berkembang penggunaannya dan lebih “versatile”. Ia memiliki prospek yang sangat tinggi kerana di Malaysia “demand” nya sedang meningkat sedangkan “supply” nya masih rendah, tidak seperti baju melayu yang sudah lama tepu.

Jubah digunakan untuk kegunaan harian, majlis formal, korporat, hadiah, walimatulurus dan lain-lain lagi. Sememangnya tidak menang tangan sebenarnya jika anda berada di dalam industri ini. Design jubah juga telah banyak berubah ke arah lebih cantik kerana di atas faktor permintaan tadi. Dulu kita hanya dihidangkan oleh jubah-jubah haramain dan lain-lain yang kita selalu lihat di mana-mana sahaja. Kini, zaman tersebut telah berakhir. Jubah di Malaysia telah diberi nafas baru dan sukar untuk seseorang itu untuk berkata tidak kepada jubah zaman sekarang kerana terlalu cantik.

Harga juga telah memberi impak yang hebat terhadap pakaian sunnah ini. Dengan harga dan kualiti yang tinggi, ia telah memberi keyakinan untuk pemakai memakainya di majlis-majlis formal setanding jika seseorang itu memakai suit atau coat. Tiada lagi jubah dilihat sebagai pakaian murah dan design yang biasa untuk dipakai dirumah sahaja.

Panduan Memilih Jubah

Potongan

Potongan adalah amat penting apabila memilih jubah kerana ia menentukan samada anda akan memakainya siang dan malam atau anda akan simpan sahaja di dalam almari anda.

Contoh yang baik adalah apabila anda memakainya, anda boleh bergerak dengan mudah dan selesa. Itu adalah yang terbaik. Akan tetapi kini terdapat banyak jubah yang ‘slim fit’ maka tahap keselesaan akan berkurang tetapi pada segi rupa akan nampak lebih cantik.

Kain

Kain yang sesuai bergantung pada kehendak anda sendiri. Tiada kain yang khusus untuk membuat jubah akan tetapi cari kain yang sesuai dengan diri anda.

Bahan Digunakan

Bahan yang digunakan di sini bermaksud bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jubah tersebut. Contoh, butang, benang jahit tepi, insert pada colar dan lain-lain lagi. Jubah yang berkualiti tinggi adalah bahan-bahan yang digunakan adalah yang mahal. Ia boleh memanjangkan hayat jubah tersebut. Tidaklah baru setahun pakai sudah rosak.

Mutu Jahitan

Mutu jahitan memberi 2 kesan iaitu kekemasan dan tahan lasak. Jika benangnya terlalu jarak maka ia akan mengakibatkan cepat tertetas benangnya manakala jika jahitannya senget dan tidak tepat maka ia akan kelihatan tidak kemas dan nampak murah.

XML Sitemap