Temankan Isteri Berpantang, Suami Dapat Pendapatan 5 angka

sejarah johan rosliKisah benar seorang suami Mithali.

Bermula pada tahun 2010, setelah sepasang suami isteri ini mendirikan rumahtangga, semestinya mereka menginginkan seorang cahaya mata. Namun nasib mereka tidak seindah pasangan lain.

Keadaan persekitaran semakin menekan dan tanpa disedari rakan-rakan mula bergurau senda namun kata-kata mereka hanya menghiris hati pasangan ini. Mereka tetap redha, bertawakal dan meneruskan hidup seperti biasa.

Hari yang berlalu terasa begitu lambat dan tiada pula kelihatan harapan bahawa esok akan lebih cerah buat mereka sehinggalah tiba suatu hari.

Tiba-tiba kedengaran suara gembira dari sang isteri. Senyuman riang bersama air mata penuh kesyukuran minitis dari wajahnya. Sang isteri yang tidak dapat membendung kegembiraannya melompat sambil berkata kepada suaminya.

“Bang, kita akan dapat anak!”.

Setelah kedengaran berita gembira itu, sang suami tiada reaksi. Tiada sebarang tanda gembira dan lantas berkata,

“Betul ke ni..? esok kita check semula…”.

Keesokkannya mereka buat pemeriksaan buat kali kedua dan mendapati sah sang isteri mengandung. Setelah itu, mengalirlah air mata di pipi sang suami pula sambil berkata,

“Betul ke ni Ya Allah…betul ke ni Ya Allah…”.

Sang isteri mengangguk dan membalas,

“Allah SWT telah bersama kita selama ini bang…”.

Maka bermulalah episod baru di dalam kehidupan mereka sehinggalah tiba masanya untuk melahirkan anak mereka. Saat debar tidak tertanggung di dada mereka.

Syukur, Allah SWT telah membuka jalan yang mudah buat mereka walaupun terpaksa menjalani pembedahan. Akhirnya semuanya selamat dan lengkaplah keluarga ini dengan kedatangan ahli baru iaitu seorang anak perempuan. Mulai hari itu, kehidupan mereka terus bertambah manis dan indah setelah penantian yang sekian lama.

Bila tiba masanya untuk berpantang, sang suami ingin membalas jasa isterinya yang telah mengandungkan anaknya. Dia berkeputusan untuk menemani isterinya sepanjang tempoh berpantang di kampung halaman. Di sana sang suami pun memberanikan diri dan melakukan segala kerja menjaga bayi kesayangan mereka dari memandikan sehingga menidurkannya.

Di masa lapang, sang suami duduk termenung dan merenung. Di dalam pelbagai perkara yang patut difikirkan, dia asyik memikirkan bagaimana hendak mengecilkan jubahnya yang dibawa balik ke kampung.

Tanpa disedari, itulah ilham pertama dari Allah SWT kepada sang suami itu. Sang suami tidak berpuas hati dengan jubahnya yang terlalu kembang ketepi. Merungut pada sang isteri dan lantas isterinya pun berkata,

“Abg, potong dan jahit sendiri sajalah..”.

Kedengaran kata-kata sedemikian, sang suami pun menjawab,

“Manalah abg tahu macam mana nak buat…”.

Lalu hasrat tersebut habis begitu sahaja dan terus menjalani rutin harian sebagai seorang bapa. Beberapa hari kemudian, terdetik sekali lagi dihati sang suami untuk mencuba lagi. Dia cuba lihat jahitan di dalam jubahnya dan berkata dengan yakin kepada isterinya,

“Ooo macam ni aje orang jahit….kalau macam ni, abg pun boleh buat…”.

Sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur, sang suami terus pergi ke kelas menjahit intensif dan cuba untuk membuat “alteration” pada jubahnya yang kembang tersebut. Hasrat yang menjulang tinggi akhirnya punah dan gagal dipertengahan jalan. Sedih dan geram tetapi tidak putus asa, sang suami terus mencuba dan masih tiada hasil yang memuaskan.

Nekad untuk berjaya, sang suami terus sambung pengajian ke kelas menjahit yang lengkap dan 9 bulan kemudian, terhasil lah jubah jahitannya sendiri. Kagum dengan hasilnya, maka hari demi hari dia menjahit dan menambah koleksi jubahnya yang sangat unik dan akhirnya tercapai hasrat untuk memiliki jubah yang tidak kembang.

Sejak itu, orang sekeliling mengakui keunikan jubahnya dan guru jahitannya pun menganjurkan supaya dia menjual jubahnya secara online. Maka dari situlah terbukanya pintu rezeki buat sang suami ini. Satu langkah demi satu langkah dilaluinya sehinggalah ke hari ini berkembangnya maju jenama JOHAN ROSLI. Bermula dari rumah dengan hajat untuk memperbaiki jubahnya sehingga kini telah menjahit ribuan jubah lelaki untuk seluruh rakyat Malaysia sehingga telah berjaya memasuki pasaraya besar seperti Parkson.

Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang masih mencari sesuatu di dalam hidup mereka dan untuk memberi suntikan semangat bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan hidup kita baik cerah mahupun gelap.

Untuk keterangan lanjut berkenaan tempahan jubah, agent, pemborong dan lain-lain lagi, sila ke www.johanrosli.com atau hubungi 0193852553.

Sekian.

Anda boleh share, like atau tag kawan anda di sini. Panjangkan kepada mereka yang perlu.

XML Sitemap