Tentang Kami

jr8 Tentang KamiJubah Lelaki Johan Rosli (SA0252942-K) atau lebih dikenali sebagai JLJR, adalah sebuah syarikat tempatan yang menjual jubah lelaki berkualiti tinggi secara online dan offline. JLJR telah bermula perniagaan sejak 2011 lagi melalui tempahan jubah lelaki lengan pendek sahaja pada ketika itu Lama ke kelamaan, jenama JLJR makin dikenali dan permintaan jubah lelaki yang pelbagai jenis pula makin meningkat. Kini JLJR mempunyai pelbagai koleksi jubah lelaki untuk kesemua keaadaan dan majlis, baik dari pemakaian kasual di rumah hingga ke majlis formal besar-besaran.

JLJR menampilkan corak rekaan dan potongan tersendiri dan pemilihan warna yang pelbagai kepada semua kaum lelaki yang menginginkan kelainan di dalam pemakaian jubah mereka. Konsep utama yang kami utamakan adalah kecantikan, kekemasan dan keselesaan setiap jubah.

johanrosli.com kocek dan benang 1 Tentang KamiTercetusnya produk kami ini adalah untuk memecah tradisi pemakaian jubah di Malaysia dan juga untuk menyahut kekurangan sumber bekalan jubah lelaki rata-rata dipasaran tempatan. Produk kami adalah 100% buatan Malaysia dan kami amat berbangga dengan penerimaan dan sambutan pasaran terhadap produk kami ini.

johanrosli.com sample koleksi jubah Tentang KamiKini kami mengeluarkan pelbagai jenis jubah untuk pelbagai jenis tujuan pemakaian. Samada untuk pemakaian harian, majlis akd nikah/perkahwinan, hingga ke majlis formal. Kami menjual jubah secara runcit mahupun borong dan telah menambah pelbagai jenis jubah dan pakaian lelaki sebagai salah satu langkah demi memenuhi permintaan dan menjaga tahap kepuasan para pelanggan kami supaya kesemuanya kelihatan padan, segak dan kemas dengan mereka.

johanrosli.com gunting benang Tentang KamiDisamping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan menjahit kepada sesiapa yang memerlukannya.

41 thoughts on “Tentang Kami

  1. saya nk beli dgn harga borong, adakan cek jual cara borong? sy nk buka kedai jubah..kalau blh sms kt tlfn sy 0139304366.

  2. Bolehkah tuan membuat jubah berlengan panjang dengan menggunakan design jubah yang sama?

  3. Assalamualaikum…

    Boleh saya bertanya :

    1. Bilakah tempahan akan dibuka semula?
    2. Bolehkah pihak tuan membuat jubah berlengan panjang?
    3. Jika ya, berapakah kos yang terlibat?

    Terima kasih dan selamat menyambut Aidilfitri.

  4. salam,sy ingin custom mnjahit sndiri jubah tetapi kurg arif mngenai ukuran yg sptutnya
    sy tggi 5 kaki 9 inci,dada 39.5 inci & pnggang 32.5 inci

  5. asalamualaikum tuan ,, bagaimana hendak melihat semue gambar-gambar jubah di sini ???? tq

    • Salam..Tuan boleh lihat gambar-gambar dekat menu Koleksi jubah dan click link di situ..Terima Kasih..

  6. Asalam ya sheikh…. Ana nk beli jubah untuk di pakai pada pagi syawal… Ante ada tak jubah warna hijau epal tetapi gelap sedikit dan kain ada jalur2 kebawah…? Kalau ada ana nk beli la… Ana tinggi 5 kaki 4 inci 58 kg… Maklum segera… Syukran yg salam….

  7. Salam saya berminat jubah no kod produk VVP1 COLOUR PURPLE dan jubah kod produk RBSWG COLOUR HITAM …
    saya mahu saiz s
    Ketinggian saya 5 kaki 3 inci

    • Salam En Airul, sila semak email tuan. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian

  8. assalamualaikum tuan..
    saya nak tanya..di manakah cawangan tuan?
    kuala lumpur ke?
    saya berminat untuk membeli..cuma agak khuatir ttg saiz..
    saya ketinggian 173 cm…

    • Salam En Marzuki, sila semak email tuan. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian

  9. Salam. Saya nak tanya tentang design jubah. Kalau saya nak buat design sendiri boleh ke?

    • Salam En AKmal, sila semak email tuan. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian

  10. salam….saya nak tanya dimana lokasi kedai…saya mahu tempah jubah untuk raya tahun ni

    • Salam En Izzat, sila rujuk email, kami sudah menjawab di sana. Sekian.

    • Salam En Izzat, sila rujuk email tuan, kami sudah menjawab di sana. Sekian.

  11. Assalamualaikum…program kami memerlukan jubah dalam 15 helai..tetapi menggunakan design kami..boleh x?kat mana sy boleh dapatkan kedai nie?syukran..

    • Salam En Syafiq, sila semak email tuan. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian.

    • Salam Puan, sila semak email. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian.

  12. Saya berminat sangat untuk memiliki Jubah sempena Hari Raya ni.
    Macam mana saya nak membeli? Lokasi dimana?

    • Salam En Amar, sila rujuk email tuan. Kami sudah membalasnya di sana. Sekian terima kasih.

  13. Salam tuan … Ada x pattern jubah yg sekadar paras lutut & terbelah d tepi. Kalau ada bagaimana dgn harganya … Tq

    • Salam En Musa, maaf kami tidak menjual jubah sedemikian. Sekian terima kasih.

  14. assalamualaikum..
    Saya berminat untuk menempah jubah untuk bakal suami sy,tetapi saya tak pasti ukuran dia,badan dia serderhana,tak gemuk tak kurus..
    boleh saya tahu dimana boleh saya buat tempahan dengan membawa tuan empunya badan untuk diukur?

    • Salam Cik Sharina, terima kasih kerana berminat dengan jubah kami. Sila check email Cik. Saya sudah balas segala soalan Cik di sana. Terima kasih.

    • Salam En Anuar, boleh takde masalah utk custom design selagi design itu mudah. Sila
      hubungi kami melalui email atau hp utk buat tempahan. Sekian terima kasih.

  15. assalammualaikum…
    saya seorg yg berbadan besar…
    buleh buat tempahan ??
    camner dengan harga jubah tersebut??
    kat mana kalo nak buat ukurna??
    terima kasih

    • Salam En Ahmad, harga semua sama sehingga ke size XL. XXL baru akan harga berbeza. Untuk cara ambil ukuran sila rujuk pada page “Cara Pembelian”. Kalau En Ahmad betul-betul berminat, sila email dahulu ukuran En Ahmad. Dari situ kami akan bagi tahu harganya. Selepas itu baru En Ahmad boleh order online. Sekian terima kasih.

  16. Salam.saya atikah hendak menempah jahit jubah suami saya dan saya dah ada kain sendiri.jadi di mana boleh saya cari kedai jahit ni?terima kasih

    • Salam Puan Atikah, harap maaf kami tidak terima tempahan sedemikan. Semua jubah adalah dari koleksi kami menggunakan kain kami. Harap maklum. Terima kasih.

Comments are closed.