Tentang Kami

Latar Belakang dan Info Syarikat

johanrosli.com - kocek dan benang 2Jubah Lelaki Johan Rosli (SA0252942-K) telah ditubuhkan pada 6 Oktober 2011 dan telah diasaskan oleh Encik Johan Rosli sendiri. JLJR adalah pengeluar jubah lelaki berjenama sendiri dan telah menjalankan perniagaan secara online sejak hari pertama lagi. Pada peringkat permulaan, JLJR hanya berniaga secara kecil-kecilan dan menjual hanya jubah lelaki kasual berlengan pendek melalui tempahan.

Setelah setahun setengah menjalani perniagaan dan sambutan terhadap jubah JLJR semakin bertambah di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, lantas JLJR telah mengambil keputusan untuk melonjakkan diri ke tahap yang seterusnya iaitu dengan mendaftar sebagai perniagaan yang sah dan mula memiliki premis untuk beroperasi.

Oleh itu pada 13 Mac 2013, syarikat Jubah Lelaki Johan Rosli telah didaftarkan secara rasmi dan telah beroperasi di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Koleksi jubah juga telah diperbanyakkan dan telah mula membuat jubah readymade untuk jualan runcit dan borong. Bukan sahaja itu, JLJR turut menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki yang lain jika ada permintaan terhadapnya seperti baju kemeja, baju melayu dan sebagainya.

Kini, pihak JLJR juga telah memiliki pelbagai koleksi jubah, kurta, baju raihan dan lain-lain pakaian lelaki dan menerima tempahan dari individu dan juga korporat.

.

Permulaan & Perjalanan JLJR

DSC_6842Semuanya bermula semasa Encik Johan sedang menemani isterinya yang sedang berpantang di Kedah. Semasa di sana, Allah SWT telah memberi lintasan hati untuk menceburi bidang jubah lelaki.

Pada asalnya Encik Johan ingin cuba menjahit jubah untuk dirinya sendiri sahaja kerana tidak puas hati dengan keadaan jubah yang ada di pasaran pada ketika itu yang sangat “common”, lantas ia telah melonjakkan Encik Johan untuk mula rekacipta jubah pertamanya. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, beliau telah mendaftarkan diri untuk belajar menjahit semata-mata untuk tunaikan hasratnya.

Setelah berhempas pulas menjahit prototype jubah yang pertama, keseluruhan hasilnya masih tidak memuaskan. Namun, usaha diteruskan juga sehingga akhirnya beliau berjaya menghasilkan sehelai jubah yang berkualiti dan berkeyakinan untuk dipakai. Masa yang diambil pada waktu itu adalah di dalam lingkungan 1-2 bulan.

Kemudian beliau mula menjahit satu demi satu jubah untuk dirinya sendiri sehinggalah suatu hari Allah SWT menggerakkan hatinya untuk mula menjual. Untuk menguji penerimaan pasaran terhadap jubahnya, beliau cuba menjual di internet dahulu. Setelah website dan telah siap dan beroperasi dengan sepenuhnya, jualan pertama berjaya diperolehi 2 bulan kemudian. Setelah itu, tempahan mula bertambah tetapi kuantitinya sangat sedikit.

Tanpa berputus asa, Encik Johan teruskan usaha untuk mempromosikan jubahnya di internet. Alhamdulillah, lama kelamaan tempahan makin meningkat setelah setahun menjalankan perniagaan secara online. Kini, jualan online dan offline dijalankan.