Produk dan Servis

Produk

produk-jubah-lelaki-johan-rosliJLJR memiliki pelbagai jenis jubah iaitu dari jubah kasual untuk harian ke jubah formal untuk majlis hingga ke jubah imam untuk masjid. Semuanya telah direka khas untuk memenuhi setiap citarasa dan keperluan umat Islam di luar sana.

Jubah kami juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan telah disuntik “resepi” JLJR tersendiri di mana setiap pemakai akan memperakui keselesaannya dan praktikalnya design jubah JLJR. Semua ini berjaya dicapai melalui R&D JLJR yang sudah tertahun-tahun dan melalui “feedback” para pelanggan setelah menjahit ribuan helai jubah.

Kebanyakkan jubah kami menggunakan kain cotton kerana ia sangat sesuai untuk dibuat jubah berbanding kain satin, koshibo dan lain-lain. Kami juga menggunakkan bahan “colar insert” dan gam yang berkualiti supaya kesemua kolar, tulang butang, cuff dan sebagainya dapat tahan lama, lasak dan nampak segak.

Servis

jaminan-kepuasan-pelanggan-jubah-lelaki-johan-rosli

Setiap jubah kami akan dijahit baru mengikut ukuran badan setiap para pelanggan supaya jubah yang terhasil akan kelihatan sangat kemas dan terletak pada si pemakai.

Kami juga menyediakan koleksi warna kain yang pelbagai supaya tiada sesiapa pun yang akan terlepas dari memilih JLJR.

Kami memberikan jaminan pada setiap jubah apabila dihantar ke pelanggan. Jika berlaku sebarang “deffect” pada kain, jahitan mahupun ukuran, maka kami akan alter semula dan jika masih tidak menepati tahap kepuasan anda, kami akan gantikan yang baru.